MALAM INI > Malaysia lwn Syria untuk kelayakan ke sukan olimpik 2012


Live Streaming Malaysia vs Syria kelayakan olimpik 2012 London | Siaran langsung Malaysia lwn Syria kelayakan sukan olimpik 2012

Malam Ni Malaysia Akan Menentang Syria walaupun Belum sempat menarik nafas selepas meraih pingat emas Sukan Sea, skuad kendalian Ong Kim Swee sekali lagi berhadapan misi sukar dalam saingan kelayakan Olimpik 2012 menentang Syria malam ini di Bukit Jalil.

Kecergasan dan masalah kecederaan pemain antara faktor utama yang meresahkan Kim Swee, tetapi motivasi dan semangat pemain semasa diIndonesiamenjadi tonik sandaran skuad Harimau negara.

Bahagian serangan menjadi perhatian selepas beberapa pemain masih bergelut dengan kecergasan, tumpuan pastinya teralih kepada tiga pemain iaitu pemain Kelantan, Mohd Izuan Solahuddin serta dua pemain Harimau Muda, Muhammad Ferris Danial Mat Nasir dan D. Saarvindran.

Fakri Saarani mungkin akan diturunkan dan digandingan antara tiga pemain tersebut, tetapi Izuan (Kelantan) dan Saarvindran (Dipinjam ke Felda) antara calon tepat kerana memiliki pengalaman beraksi di PialaMalaysiayang lalu.

Antara pemain yang dilaporkan masih belum cergas ialah Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Gary Steven Robbart selain Wan Zack Haikal Wan Nor yang masih diragui.

Selain itu, Kim Swee turut akan kehilangan tiga tonggak utama (Baddrol Bakhtiar, Yong Kuong Yong dan Asraruddin Putra) berikutan barisan pemain bagi kelayakan Olimpik haruslah sekurang-kurangnya berumur 22 tahun ke bawah.

Namun itu tidak membimbangkan kerana M’sia masih mempunyai beberapa pemain yang tidak dibawa ke Sukan Sea seperti Wan Zack Haikal Wan Nor, Ahmad Hazwan Bakri, Affize Faisal Mamat dan Nazirul Naim Che Hashim untuk mengemudi jentera tengah.

Percaturan Kim Swee malam ini mungkin berisiko tinggi, namun ia terbukti berkesan seperti melakukan perubahan posisi ke atas Mohd Zubir Azmi dan Mohd Asraruddin Putra Omar, penjaring gol penyamaan final di sayap kiri.

Di bahagian pertahanan, gandingan Muslim Ahmad dan Fadhli Shas diharapkan dapat mengekalkan ketenangan dan kematangan mereka semasa saingan Sukan Sea bagi membantu negara menghadapi Syria malam ini.

Jika dilihat, mungkin terlalu banyak perbezaan antara Msia danSyrianamun ia bukan alasan untuk mengaku kalah. Kim Swee awal-awal lagi meletak sasaran untuk menang atau seri yang secara peribadinya realistik dan mampu diraih skuad negara.

Sebelum bertemuSyria, skuad Olimpik kebangsaan tumpas 0-2 kepada Jepun di Fukuoka pada perlawanan pertama, 21 September lalu.

Nantikan perlawanan Malaysia vs Syria dalam aksi kelayakan olimpik 2012. Ong Kim Swee melaungkan bahawa skuadnya tidak akan menjadikan kepenatan beraksi di Sukan Sea sebagai alasan untuk tidak memberikan aksi terbaik malam ini. Malah ong Kim Swee kini berkemungkinan mendapat kembali penyerangnya wan zack Haikal yang mengalami kecederaan sebelum aksi diSukanSeauntuk menambah ketajaman dibahagian serangan.

Nantikan aksi2 menarik perlawanan Malaysia vs syria dalam perlawanan kelayakan olimpik 2012 malam ini jam 8.45 malam.

Waktu Perlawanan Malaysia vs Syria Bola sepak Sukan olimpik 2011 : 8.35 malam ini (23November 2011)

Live Malaysia vs Syria Bola sepak Sukan olimpik 2012 : di tv1

Stadium Malaysia vs Syria Bola sepak Sukan olimpik 2012 : Stadium Gelora Bung karno

LIVE STREAMING [klik]


p/s : same2 lah kite doakan untuk kemenangan Malaysia sekali lg bagi melayakkan negara kita ke sukan Olimpik 2012 :)

okey geng ! caw caw ^^,
creadit to : mummycute


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

1 000 orang tulis surat cinte:

ciK LyndaWawa said...

malaysia mesti menang..oyeah...