#OhEmJey . Pilot Termuda Charming !



Kapten James Anthony Tan, 21, dari Sungai Long, Kajang, akan melakukan penerbangan bersejarah sebagai “rakyat Malaysia pertama dari negara Asean mengelilingi dunia secara solo” pada 23 Februari di Subang Skypark, yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri .
Pemegang rekod semasa juruterbang termuda mengelilingi dunia ialah Kapten Carlo Schmid, warga Swiss yang terbang solo tahun lepas pada usia 22 tahun.
James menempah tempat dalam Malaysian Book of Records sebagai juruterbang termuda yang terbang solo sejauh 13,803 batu nautika dengan pesawat piston tunggal dari United Kingdom ke Bangkok, Thailand, tahun lepas.
Sementara itu, pengurus projek 1Malaysia Around The World (1TRW), Azean Majid berkata penerbangan itu dianjur oleh Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Majlis Belia Felda Malaysia.
Beliau berkata, James akan terbang dari 23 Februari mengelilingi dunia dan kembali ke Subang, 10 April.
Kerajaan menaja 10 peratus penerbangan itu sementara sektor swasta 90 peratus.




*Nota kaki : Saya taknak ambil tahu pun tentang agenda Politik disebalik perkara ini. Tapi kalau korang nak baca klik 'SINI'.  Yang penting beliau sangat Charming macam my Mr.IR . hehe ^^,


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

0 000 orang tulis surat cinte: