# Aurat Oh Aurat

                                                                                 Assalamualaikum , 
Salam ramadhan ,

Mungkin ada dikalangan mereka pada harini terutamanya golongan wanita tersalah tafsir tentang dimana letaknya aurat bagi seseorang wanita itu . Seperti yang telah kita tahu , aurat bagi seorang kaum adam itu adalah dari pusat hingga ke paras lututnya . Manakala wanita pula seluruh anggota badan KECUALI wajah dan dua telapak tangannya. 

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Janganlah kita mengambil ringan dalam hal ini . Mungkin kita menjaga segala amal ibadah , dari segi solat , berpuasa , bersedekah dan sebagainya . Tetapi sekiranya kita tidak menjaga aurat kita dengan mereka yang bergelar bukan muhrim kepada kita , ia tetap menjadi satu kesalahan disisi ALLAH S.W.T . 

Ya saya mengaku , pada dulunya saya seorang yang sangat mengambil ringan tentang hal ini . Mungkin pemikiran saya sama seperti pemikiran para wanita di luar sana yang hanya memandang aurat itu di kepala sahaja . Maksud saya dengan memakai tudung , telah dikatakan sebagai senutup aurat . Sedangkan dia membiarkan lengannya terdedah dengan memakai baju berlengan pendek , sendat , jarang hingga menampakkan bayang kulit dan bentuk badan serta tidak menutup kaki dengan sempurna . Ini sebenarnya  adalah salah dan tetap akan menjadi salah . 

Bila direnung kembali pada masa dulu , Ya Allah jahilnya hambaMu ini Ya Allah . 
Sedikitpun aku tidak menghiraukan balasan yang bakal aku terima . 

Kaki , ya . Kaki adalah bahagian yang sering diambil ringan oleh wanita di luar sana . Terkadang mereka lupa bahawa kaki juga adalah sebahagian daripada aurat yang perlu ditutup dengan sempurna , sama seperti diriku dahulu . Sudah cantik bertudung , berlengan panjang , berkain hitam tetapi terlupa tentang kaki. Pakailah sarung kaki sayang sayang sekalian . Tidak susah sekiranya diajar dari awal . Apabila kamu menutup aurat kamu dengan sempurna In Shaa' Allah kamu akan rasa lebih dekat dengan ALLAH S.W.T 


Akhir kata . .


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Marhaban Ya Ramadhan

Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu atas nikmat yang telah kau berikan , 
Kau masih memberi kesempatan terhadap diriku untuk bertemu Ramadhan yang mulia pada tahun ini , 
Walaupun sudah beribu kali aku berpaling darimu , 
Hanyut di dalam arus dunia , 

Ya Allah Ya Rahman
Engkau berilah kekuatan keatas diriku bagi menempuh segala dugaan yang kau hadiahkan untukku ,
Engkau tabahkanlah hatiku untuk menerima ujian darimu , 
Engkau berilah aku sinar yang baru , 
Agar aku dapat menjadi hambamu yang tulus mencintaiMu , 
Agar Ramadhan kali ini akan lebih bermakna dari Ramadhan sebelum ini , 
Tunjukkanlah aku jalan yang engkau redhoi Ya Allah

Salam Ramadhan Al Mubarak Sahabat sekalian . 
Marhaban Ya Ramadhan .



aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

#OhEmJey . Pilot Termuda Charming !



Kapten James Anthony Tan, 21, dari Sungai Long, Kajang, akan melakukan penerbangan bersejarah sebagai “rakyat Malaysia pertama dari negara Asean mengelilingi dunia secara solo” pada 23 Februari di Subang Skypark, yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri .
Pemegang rekod semasa juruterbang termuda mengelilingi dunia ialah Kapten Carlo Schmid, warga Swiss yang terbang solo tahun lepas pada usia 22 tahun.
James menempah tempat dalam Malaysian Book of Records sebagai juruterbang termuda yang terbang solo sejauh 13,803 batu nautika dengan pesawat piston tunggal dari United Kingdom ke Bangkok, Thailand, tahun lepas.
Sementara itu, pengurus projek 1Malaysia Around The World (1TRW), Azean Majid berkata penerbangan itu dianjur oleh Persatuan Juruterbang Muda Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Majlis Belia Felda Malaysia.
Beliau berkata, James akan terbang dari 23 Februari mengelilingi dunia dan kembali ke Subang, 10 April.
Kerajaan menaja 10 peratus penerbangan itu sementara sektor swasta 90 peratus.




*Nota kaki : Saya taknak ambil tahu pun tentang agenda Politik disebalik perkara ini. Tapi kalau korang nak baca klik 'SINI'.  Yang penting beliau sangat Charming macam my Mr.IR . hehe ^^,


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

#Andai

Andai masa boleh diputar semula ,
Andai diri tidak mudah lupa ,
Andai jiwa sekeras mutiara ,
Andai hati seteguh tembok .

Andaii Andaiii Andaiii
Andai tidak akan pernah berlaku ,
Kerana sudah tertulis ,
Oleh DIA yang SATU .






aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Salahkah

Aku bukan malaikat yang sebelah sayapnya sebesar dunia ,
Aku bukan malaikat yang tidak punya kesalahan ,
Aku bukan para Nabi yang bersifat Maksum , 
Aku hanya manusia biasa yang dalam usaha mencari keredhoaanNya ,

Salahkah aku mencari siapa diri aku yang sebenar ?? 
Salahkah aku mendekatiNya ?? 
Salahkah aku meninggalkan kemungkaranNya ??
Hinakah aku dimata kamu semua ??

Ya, aku sering melakukan kesalahan ,
Lidahku ,
Telingaku ,
Tanganku , 
Kakiku ,
Sering disalah guna , 
Maafkan aku andai kau terasa , 
Ampunkan aku andai aku berdosa , 
Tapi ku mohon , 
Jangan kau persoalkan tentang kebaikan , 
Hanya Dia sahaja boleh menilai hamba-hambaNya ,
Bukan kamu .

#NotaSeorangHambaYangBerdosa

aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Pembenci

Wujudmu mengungkap seribu persoalan ,
Hadirmu dimana - mana ,
Dijagaku , 
Dilenaku ,
Mulut terus berkata - kata ,
Coretan disalah tafsir ,
Niat disalah anggap ,

Duhai pembenci ,

Berhentilah dari terus membenci , 
Hati manakan tenang andai terus membenci ,
Kebahagian takkan digapai andai lidah berdesiss ,
Tidak dikunci , 
Dijaga ,
Sucikanlah semoga dirahmati Ilahi .



aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

The End ~


What ??! Its over ??! O.O
Okay fine ! I lie . hehe
There's another one paper tomorrow ,
Which is KAQ 1043 . . 
Sooo , Good luck for me , and also my classmates .

Happy Holiday Friends ! ! ! ^^.

Assalamualaikum ~


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Dulu



Dulu ,
Cinta tak selalu adil , 
Dik kerna diri sendiri khilaf mengadili cinta ,
Biarkan dia terus hanyut dibawa arus masa ,
Tanpa ku sedar , 
Diri ku terlalu cinta hingga lupa akan PenCINTA yang kekal abadi ,

Dulu ,
Hatiku cekal ! kuat ! sabar ! 
Namun hati tak mampu sering menipu ,
Hati tak mampu menahan lebih masa ,
Hati tak sekuat yang disangka , 

Dulu , 
Ku sanjung tinggi cinta PALSU semata-mata ,
Ku singkap secebis kebahagiaan sungguh asyik diulik ,
Hari-hari yang penuh coretan perit di batin ku ,
Berlindung disebalik senyuman ,
Diabaikan ,
Dilupakan ,
Dilukakan tanpa sebab yang pasti ,
KEJAMNYA engkau ! 
Hanya Dia sahaja tahu sakitnya ,

Dulu .. Dulu .. Dulu ,
Hanya semata dulu ,
Cinta tiada berputik lagi ,
Diri kau hanya Igauan ,
Hanya mimpi , 
Hanya khayalan ,
Hanyalah persinggahan dalam hidupku .

Kemaafan kukirim ,
Peluang tidak mungkin ada duanya .
Cinta ku hanya satu ,
Hanya satu cerita ,
Tidak ada duanya .

Ya Rabbi ..Ya Rahman .. Ya Rahim ,
Semoga kau hadirkan kebahagiaan ,
Disebalik kisah DULU =')


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Kekasih HALAL Awak ^^.


Aku terfikir sejenak . .

Coretan : miss sweetheart
Disunting semula olehCik Purple

Saya sayang awak.. Tapi betul ke saya sayang awak?? Awak sayang saya ke?? Kalau sayang, nape awak pegang tangan saya?? Awak nak tengok rambut saya, nak hug saya, nak saya pakai seksi2.. Memang la awak tak kasi boy lain tengok saya pakai seksi.. Tapi awak tak halal lagi untuk saya kan?? Awak sayang saya ke kalau saya kasi semua tu kat awak??

Saya sayang awak..Betul..Tak tipu..Tapi sayang ke kalau bila dengan awak, saya lalai?? Saya lupa kat Dia yang dah cipta saya, yang kasi saya perasaan cinta kat awak.. Saya lupa solat, saya lupa dosa.. Saya lupa Tuhan..Takut la...


Betul awak..Saya sayang awak.. Tapi saya takut.. Takut sangat nak sayang awak.. Awak baik, selalu solat awal.. Tapi nape bila dengan saya awak lupa solat?? Masa kuar, kita lalu je depan masjid.. Tak pernah stop.. Tapi kat tempat takde orang, kita stop. Beratus duit awak habis untuk saya kan?? Saya hargai sangat.. Saya tau awak sayang saya..Tapi nape awak tak simpan duit tu dulu..Kot2 ada jodoh, boleh kita kawen.. Awak... Saya takut.. Takut sangat.. Takut bila ingat apa yang kita dah buat.. Saya nak awak jadi HALAL untuk saya.. Tapi tak boleh la sekarang.. Macam mana awak nak tanggung saya..Kita blaja lagi..Saya nak hidup dengan awak..Saya nak awak jadi IMAM saya.. Nak sangat share everything dengan awak.. Saya nak jadi kekasih HALAL awak..Tapi betul ke cara kita awak?? Saya takut laaaa...


Awak..Saya nak hidup dengan awak forever kat heaven.. Tapi layak ke kita duduk di Syurga kalau kita macam ni??Macam mana kalau tiba-tiba DIA panggil kita pergi.. Tak kisah la saya dulu, awak dulu atau dua-dua sekali.. Boleh ke kita gi Syurga  kalau Dia panggil kita sekarang?? Kalau la Dia tanya apa yang saya dah buat dengan awak, apa saya nak jawab nanti.. Saya maluuuuuuuuuuu sangat dekat Dia..


Awak.. Lama saya fikir.. Saya fikir pasal kita.. Betul saya sayang awak.. Tapi, sampai bila kita nak camni??Awak.. Saya dah fikir lama... Lepas ni, kalau saya tak mesej awak, taknak jumpa awak, taknak call awak, awak jangan salah faham tau.. Saya buat macam tu sebab saya sayang awak sangat-sangat.. Awak.. Saya nak selamanya kat syurga dengan awak.. Dulu saya sedih sebab kita jauh.. Tapi skarang, saya bersyukur sangat..Tuhan sayang kita.. Kalau dekat, awak boleh agak kan apa kita buat nanti??


Saya tak tahu macam mana nak bagitau awak..Saya nak jaga hati awak.. Tapi awak sedar tak sebenarnya saya dah kotorkan hati awak.. Saya suka goda awak dengan manja saya, dengan body saya.. Saya suka buat awak cair dgn saya.. Jahatnya saya.. Awak saya banyak dosa.. Awak nak ke terima org macam saya jadi isteri awak?? Awak.. Saya nak bersihkan diri saya sebelum jadi yang halal buat awak.. Saya nak jadi the best wife.. Baru la awak tak pandang orang lain dah.. Saya taknak susahkan awak dengan saya yang macam ni.. Awak.. Saya nak jadi BIDADARI awak.. Bukan kat dunia je.. Tapi kat SYURGA jugak.. Saya nak jadi bidadari awak yang selamanya..


Awak.. Saya tahu saya tak baik.... Banyak sangat kekurangan dan tak layak nak tegur salah awak.. Tapi saya sayang awak.. Apa kita buat, bukan ada org tahu pun... Sape lagi nak tegur awak kalau bukan saya?? Saya pun nak awak jadi suami yang boleh pimpin saya ke syurga.. Tak nak ke?? Takkan la awak sayang saya untuk hepi-hepi kat dunia ni je.. Awak taknak ke pilih saya jadi bidadari awak kat syurga nanti?? Awak.. Tolong la... Saya taknak dah jumpa awak.. Tapi mungkin saya lalai gak nanti.. Syaitan selalu ada dengan saya.. Suka je dia kalau saya keluar dengan awak, goda awak.. Awak.. Tolong la ingat kan saya jugak bila saya lupa. Tolong ek.. Saya lemah sangat..Saya nak jadi kuat.. Kuat untuk awak.. Untuk hidup dengan awak.


Saya sayang awak.. Macam mana kalau tiba-tiba Dia panggil kita sebelum kita sempat bertaubat..Takutnye saya..Awak tak takut ke?? Macam mana kita nak pergi syurga?? Macam mana saya nak jadi bidadari awak?? Saya nak sangat CINTA ni kerana ALLAH ..tapi dengan apa kita dah buat, layak ke kita letak nama Dia dalam cinta kita?? Malu sangat kat Dia..Awak..Saya nak berubah..Untuk diri saya gak, untuk ibu bapa saya.. Tapi, kalau saya berubah, awak still terima saya lagi kan?? Saya nak berubah pun sebab nak jadi the best untuk awak.. Untuk anak-anak kita nanti.. Nak jadi ibu yang terbaik..Huhu. Tinggi betul cita-cita saya.. Saya pun nak kita jadi pasangan yang educated.. Nak sama-sama berjaya.. Tapi educated yang taat padaNya la.. Mesti bahagia kan.. Kita ingat Dia, Dia pun ingat kita, so, boleh la Dia jaga kita nanti..


Awak, kalau la saya pergi dulu,saya nak tunggu awak kat syurga tau.. Awak doakan la saya biar boleh masuk syurga.. Saya nak jadi bidadari yang tunggu awak..n there, i'll be yours forever... Tapi, kalau awak pergi dulu?? Iye..Saya sedih.. Tapi saya pun akan doakan awak.. InsyaAllah..Nanti awak tunggu la saya kat syurga k?? Mesti ramai bidadari tunggu awak kat sana.. Tapi, simpan la 1 tempat untuk saya k?? Saya nak jadi bidadari awak..


Awak.. Maafkan saya kalau apa yg saya buat dan bagitau ni mengguris hati awak.. Saya buat camni sebab saya sayang awak.. Saya tak tahu macam mana nak bagitahu awak.. Sebab tu saya taip kat sini.. Maaf sebab saya post kat sini.. Bukan nak bukak keburukan sendiri.. At least mereka yang baca ni boleh jadikan kisah ni sebagai panduan.. Ramai kat luar sana kapel dan buat macam-macam.. Saya takut nak post kat awak.. Tapi saya harap awak tergerak hati nak baca ni k.. Awak.. Dah nak subuh la.. Kejap lagi mesti Dia panggil saya.. Ingat tau..SAYA SAYANG AWAK ETERNALLY N INFINITY.. dan saya tunggu awak jemput saya sebagai yang HALAL untuk awak nanti k..




Sekian . Assalamualaikum Cinta =)


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Teman


Teman , 
Setahun perkenalan kita , 
Pahit manis yang kita lalui ,
Membawa kita ke semesta ke-3 ,
Gelak tawa ,
Tangisan dan sedu yang kau lalui ,
Tak pernah kau bersendirian ,

Namun,
Dikala aku dalam kesibukan dengan duniaku sendiri ,
Maafkan aku jika berat tanganku untuk menghulur ,
Dikala ringan tanganmu dengan tugasan ,
Maafkan aku jika berat tanganku untuk membantu ,

Dipenghujungnya ini , 
Biarlah penuh dengan barakah ,
Penuh dengan senyuman ,
Penuh dengan keberkatan ,
Semoga bertemu lagi di semesta depan , 
Menghabiskan sisa-sisa kehidupan ,
Bergelar Mahasiswa Mahasiswi Suluh Budiman =)

Salam persahabatan .


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Ya Rabbi



Ya Allah ,
I am not your most faithful servant ,

I commit sins yet I tell people not to ,
I do wrong in every step in my life before ,
I forget who is my creator ,
Who has gave me life ,
Who has gave me strenght after a fall ,
Who has gave me love ,
Who has gave me great mom and dad ,
and Who has gave life till today .

Ya Allah ,
If this night is my last night ,
Please give me a chance to tell my mom and dad ,
How much I love them ,
How thankful I am to them ,
Who has guide me and raised me up ,
To become a person who called 'Anak Solehah' one day ,
Insya'Allah ^^,


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

# Silent Saturday


Dengan Izin Allah S.W.T =')


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

owh ! No wonder lahhh O.O

Fakta pada anak ke-2 dalam keluarga.

ANAK MANJA EMAK ♥
sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. ^^



ANAK DEGIL
Anak kedua dikatakan lebih
degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. semua dia aje yg betul.dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg KETEGAQ.kemahuan dia kuat.kalau buat sesuatu sungguh-sungguh.kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan.

TAK PANDAI PUJUK
memang anak no 2 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. (ciannn)

BERCINTA
dia kalau bercinta, sangat setia.sanggup berkorban. :D

HITAM / PUTIH
Apa yg dikatakan semua dipegang.kalau
hitam, hitam lah kalau putih, putih lah.degil tak boleh toleransi.

HATI
Anak no 2 ni juga nampak aje keras.tp hati dia lembut.SATU lagi pe'el dia.dia tak boleh ditegur.

BERDIKARI
Very independent.memang betul.tp kalau terlebih independent pun payah.mudah bergaul.very take care.

ARAHAN
Anak no 2 ni juga dia payah nk terima arahan.dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

PEMAAF & CARING
tidak dinafikan anak no 2 ni pun pemaaf dan caring.TAPI awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham saje lah.

PAKAIAN
Nak semua up to date.semua nak kemas.



p/s : mungkin cuma kebetulan kot . eh ?? =)


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Aktiviti Menyeronokkan ^.^

Salam Blogger

hah . memandangkan cuti sem takda lah panjang sangat macam sem lepas , tak sampai satu bulan pun . jadi kuranglah kecenderungan aku untuk bekerja . cuma duduk kat rumah menternak lemak jelahhh T___T oh tidakkk ! haha 

oleh sebab kebosanan yang terlampau dan tak tahu nak buat apa kat rumah ni , aku mula merajinkan diri untuk melakuakan aktiviti yang dapat menghiburkan hati aku . ehhh ?? haha . mandikan si comel macham aku dua ekor nie tommy dan cimba . selain dapat menghiburkan hati , aku jugak dapat membantu membasmi kuman diorang . hahah XD


* apa ??! aku kene mandi harini . oh jemmm 0.o *


.
.
.
.

akhirnya *.*

* noo nooo . lepaskan akuuuu :'( *

* rosaklah bulu aku yang cantik lagi halus , guna jari pun boleh ''. *

* lihatlah lelemak ku . haha ! *
.
.
.

* cakk !! comel tak saya posing selepas mndi ='D *

nota kaki : dinasihatkan supaya melakukan aktiviti diatas dikala kebosanan untuk mendapatkan hasil yang comel . Kbai ^^.


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Muncul kembali

Salam blogger

fuhhh ~ lama sangat dah aku try an error nak log in dalam BCR . akhirnya malam ni berjaya jugak . password punyalah senang boleh pulak aku lupa . haishhhh . tulahhh . kan susah set password lain-lain . boleh jadi confius . setiap kali aku bukak blog aku tengok ja geng-geng BCR chat , aku baca pastu aku gelak sorang-sorang , dah macam orang gilak ja . haha . tapi apakan daya , aku hanya boleh melihat dan baca , nak join sekaki tak mampu masa tu . sedih yang teramat sangat :') 

tapi sekarang aku dah ingat balik . jadi bolehlah aku tumpang sekaki merapu kat dalam BCR . yeyyyy !!! boleh borak-borak dengan blogger lain . hehe . korunk pon jomlah join jugak . boleh borak-borak , tukar-tukar pendapat dan polo mem-polo . papai :)

*klik image*



aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Semuanya di tangan tuhan

Kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH..

Kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG..

Kita dikurniakan RASA SUKA antara satu sama lain juga, ALLAH yang BERI..

Kita masih BERSAMA walau banyak dugaan menimpa, ALLAH yang ATURKAN..

Kita dikurniakan KESEDARAN dan KEINSAFAN juga kerana, ALLAH SAYANG PADA KITA..

Kita BERJAUHAN untuk mencapai REDHA-NYA juga, DIA yang RANCANG..


Kita BERDOA untuk KEBAHAGIAAN masing-masing juga, ALLAH yang DETIKKAN dalam hati kita..


# senyum dan yakinlah bahawa Dia adalah sebaik-baik perancang.. :')


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Stalk . Stalkie . Stalker ^_^

.


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Penat Lelahku

Salam blogger . fuhhhhh ~ akhirnya smpai jugak aku ke rumah yang dicintai ini . setelah 4 bulan menjalani semesta dua di upsi . ecehhh . macam jauh sangat la tempat aku belajar tu dari rumah aku . kalau naik train pon tak sampai satu jam . aishhh =.=' hehe

bermulalah cerita baru aku dengan blog aku yang berwajah baru . tapi tak habis renovate lagi ni . overhaul pon belom lagi ni . masih dalam proses dan mencari-cari idea . ehhh ehhh . lari tajuk . heheh. sebenarnya entri hari ini nak tulis pengalaman apa yang berlaku sepanjang sem dua aku di upsi . dari awal sem , urmm . macam biasa lah tak sampai seminngu lagi kat situ dah ada tiga empat assignment . tiba pertengahan lagi lah banyak . struggle lagi dan lagi dan lagi . sampai blog aku pun entah kemana . kesian kat blog aku yang kesunyian tanpa entry dari aku . hehe . sem lepas aku memang banyak main . kurang tekun dan tak berdedikasi . ehh ??? hehe . takdelahhh . gurau jeee . aku seperti biasa , style aku study last minute tu memang dah jadi trend setiap sem bukan lagi setiap sem , setiap tahun sejak awal persekolahan lagi . huhuhu . aku memang minat study last minute . orang kata study last minute ni tak elok untuk kesihatan . hehe . bukan lahhhh ~ tak elok untuk kita , sebab komfem nantu kelam kabut jadinya . tapi bagi aku , berehhh je . takde masalah , tak sempat study tu lain kira . heheh . tapi memang kalau study awal-awal komfem tak masuk ape dalam otak ni . nak je aku tune otak aku ni jadi macam span , letak je atas air terus boleh serap masuk . hhuhu . tapi apakan daya , kita hanya manusia biasa . kan kan kannnn :)

tapi alhamdulillah . soalan yang keluar final haritu tidaklah membebankan otakku sangat . walaupun mungkin akan ada kekecewaan . tapi insyaallah aku masih boleh lagi tersenyum . tamatlah penat lelah ku untuk sem dua , bersedia untuk sem seterusnya . go go go ! salam ^_^

aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

Kembali Terjalin

Salam blogger :)

wahhh . nampaknya memang lama lah aku biarkan blog aku yang tak seberapa ni terbiar begitu sahaja . fuhhhh ~ fuhhhh ~ *tiup-tiup habuk . huhu . kecian kat kamu ye wahai cik blog . owhh , sebelum terlupa , sekarang dah pun masuk dipenghujung sem dua aku di upsi . jadi tibalah masa untuk aku kembali berperang di dalam dewan exam minggu depan . kepada yang nak exam jugak tu , wish you all good luck keyh :) 

aku kembali menulis blog untuk menjadi diri aku yang dahulu . aku berhenti menulis blog kerana aku tak tahu menilai diri aku sendiri selama ini . wahhhhh ~

lepas saja final exam ni , dengan izin allah . aku akan kembali aktif . kesian kat follower aku yang folo aku tapi macam tak ada apa-apa faedah pun folo blog ni kann . haha ! walaupun follower tak beriban-riban . tapi aku still hargai dan mahu memberi sedikit walaupun tidak banyak ilmu yang aku ada ~ lepas final exam ni jugak , secara rasminya jugak aku akan mengubahsuai blog purple ku ini menjadi ---- jeng jeng jengggg ~ mana boleh bagi tahuuu . hahahaha ! tunggu lagi dua minggu ya semua dan lebih suprise lagi aku akan banyakkan post yang bertajuk cornetto . ehhh ??? kenapa cornetto ye , dan mungkin juga akan ada post yang bertajuk chupa chups . hiiii . ada maksud disebaliknya . akan lebih banyak lagi persoalan dan tanda tanya yang akan timbul dalam blog aku ini walaupun blog aku ini tidaklah sehebat blog terfaktab yang bergelar ''Definisi Cinta Infinisi'' itu . owhhh . terharunya kalau aku sehebat mereka T____T 

banyak jugak yang aku perlu luahkan dalam blog nie . opssss ~ hehe ^_^ tak perlu banyak sangat lah kan . cikt-cikit sudahhhh . tapi satu je yang aku tak akan tukar dalam blog aku ni , iaitu warna blog . yes ! sebab apa ?? sebab aku memang peminat setia warna purple . kalau tak takkan jadi nama FB aku Tun Purpleholic kannnn . hihi . purpleholic ??? masih ada jugak yang tertanya-tanya apa maksud purpleholic ?? satu hari nanti akan aku post entry tentang gelaran ni . jadi tanda tanya sama macam dari mana datangnya nama Tun dalam keluarga aku . hii ~ seronok buat orang tertanya-tanya nie . oklah , daripada aku teruskan membebel kat sini , jam pun dah hampir pukul 10 , train balik tangjung malim kol 11.20 . jadi moleklah jikalau aku beredar dari dashboard blogger nie . selamat jalan romeo ~~ hehe

doakan kejayaanku kawan-kawan :)
Assalamualaikum .

aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V

aku perlukan kerja !

Salam blogger . owhhh . ok . pejam celik pejam celik dah seminggu aku duduk melangut kat rumah tanpa sebarang pekerjaan untuk mencari sesuap nasik ?? ohh , macam selama nie aku pulak lah yang cari duwit kann ?? =.=' haha ! tau tak aku bosan duk umah nie . aku nak kuar rumah kawan2 tak balik lagi . wahai ellyn dan juga ayum . bile korunk nak balik nie . aku kebosanan duduk kat rumah tau tak ???? T___T

...............................................................................

hemm , aku nak kerja weyhhh . boleh jugak aku topup2 henfone , gayut2 kat dahan maxis sampai patah kann . nie nak gayut kene pinjam fone mak ?? what ?? tak macho lahhhh weii . sejak bile aku nie macho ==' err~

bos kesayangan aku nie pulak tak panggil2 lagi aku keje . ingat aku nie ape hah  ?? nak suruh terperap kat rumah nie . 2 bulan tu kejap ke lame ye ?? boleh tak tolong pendekkan sikit jadi sebulan . sebab aku dah tak sabar nak balik upsi balik . aku nak g kelas . aku nak g library tau tak ??! nak makan dekat kedai shahira tomyam ! waaaaa T__T

kalaulah ayah n mak aku bagi aku keje sekarang nie . takdelah aku rase bosan sangat macam nie . awak jauh :(  hehe ~ *tibe2* 

konklusinye !!



p/s : tolong pujuk ayah aku bagi aku kuar kerja . sob sob :'(


aishh . like je ke ? comment2 la cikit . peace ^^V